Thursday, November 17, 2016

Info Pasal Pomade

SEDIKIT INFO PASAL POMADE..
"APA ITU POMADE?"
Q = QUESTION
A = ANSWER
Q = Pomade itu apa bro?
A = Pomade adalah satu produk penata rambut yang dikenali sejak tahun 1900 an. Ia diperbuat daripada minyak kelapa, wax, lanolin, fragnance yang membuat rambut tampak berkilat, wangi, licin, rapi, dan tampak lembab dan boleh digayakan pelbagai gaya mengikut citarasa anda.
Q = Bezanya pomade dengan wax atau gel apa?
A = Pomade tidak membuat rambut kering dan keras seperti gel dan pomade juga tidak akan mengering, seperti wax. Pomade juga mempunyai kualiti hold yang tinggi membuatkan rambut sentiasa kelihatan rapi, keras dan kemas sepanjang hari tidak seperti gel dan wax.
Q = Pomade itu susah dicuci?
A = Bergantung kepada jenis pomade. Jika waterbase, ia mudah dicuci dan tanggalkannya tapi jika ia oilbase, sedikit sukar untuk cuci dan memerlukan syampu atau conditioner untuk tanggalkannya.
Q = Bagaimana cara pemakaian pomade?
A = Cara pemakaian dengan mencalit secukupnya, ratakan di kedua-dua belah tangan lalu sapukan ke bahagian rambut sehingga kelihatan rata di semua bahagian, gunakan sikat, dan sikat sesuai dengan gaya yang anda inginkan.
Q = Pomade itu boleh kilatkan rambut?
A = Sebagian besar dari pomade memiliki tahap shine yang tinggi, bergantung dari jenis yang digunakan. Semakin kilat jenis pomade, semakin tinggi holdnya, sebaliknya juga semakin kurang kilatnya, semakin rendah holdnya.
Dan perlu diketahui, pomade banyak jenisnya, beza bahan pembuatan beza pula kesan dan kegunaannya, jadi jangan asal pilih, sesuaikan dengan jenis rambut anda.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment